Blogger Backgrounds

Thursday, 12 January 2012

Pura-pura?

Ini skill yang aku belajar sejak dari minggu lepas.

Kalau sakit hati macammana sekali pun, depan bos kena maniskan muka walaupun benda yang ditegur tu langsung takde kaitan hidup ngan mati dengan pe yang sepatutnya ditegur.

Kalau rasa menyampah tahap dewa kat someone, depan muka dia kena naturalkan muka buat cam takde pe berlaku, walaupun sebenarnya dalam otak rasa cam nak tukul kepala dia dengan tukul besi.

Kalau de pe2 yang tak puas hati, jaga2 bila bercakap. Kadang2 words tu sampai jer kat orang yang tak sepatutnya. Tak pasal2 jadi bahan kutukan balik.

Imam al-Ghazali pernah menyebutkan (aku petik dari blog ummi hani) sesiapa yang masih tidak menunaikan solat pada usia 40 tahun, maka tunggulah bahana api neraka. Mengapakah 40 tahun? Kerana sebelum 40 tahun ini keupayaan manusia berubah menjadi baik dan bertaqwa amat besar. Hatinya masih ada ruang lembut (berbanding orang berusia 40 tahun ke atas, jika selalu dengan maksiat, hati menjadi lebih keras daripada batu). 

Maka dari petikan di atas, aku buat kesimpulan bodoh, kalau bekerja dengan warga tua yang tegar, iyekan jer.. sebab kalau korang bertekak dengan harapan depa betulkan perangai yang mundur masuk gear reverse tak habis2, tak payah lah letak harapan tinggi. Dah 40 tahun. Dah jadik meriam buluh.

Pe pun, iye kan je. pe2 je la.. SYMP.

Monday, 26 December 2011

Temuduga HLP

Baru je lepas temuduga HLP..

Cam tipis je.. huhu...

Mostly soalan yang ditanya tentang proposal yang kita buat... and you should explain everything in ENGLISH eventho your proposal is completely written in BM.. dan itulah yang menyebabkan aku rasa sungguh kantoi sekali.. huhu..

Soalan :
1) Perkenalkan diri anda.
2) Terangkan tentang proposal yang anda buat.
3) Bagaimana kajian anda dapat membantu KPM?.
4) Apakah metodologi kajian anda?
5) Jika menggunakan soal selidik, berapakah target responden anda?
6) Bagaimanakah anda mendapat hasil dapatan daripada responden?
7) Adakah anda yakin anda mendapat hasil daripada responden dengan baik?
8) Apakah sumbangan anda terhadap KPM/JPN/PPD.
5) Apakah jurnal/buku/modul/terbitan yang telah anda buat setakat ini.
6) Adakah anda telah memohon untuk menyambung pengajian dalam mana2 IPTA?

..dan saya ulang lagi sekali, soalan dia semua dalam english..

..dan apa yang menyebabkan aku rasa sungguh kantoi?

..Sebab aku jawab cam budak poyo gi konsert Avril Lavigne pastu kena interbiu dengan TV1 pastu kantoi cakap campur2 cam rojak bercampur2 dengan sawan gagap.. haish..

Adeh.. seriously, aku rasa sungguh2 negatif hari ni.. sorry la yer.. esok aku positif balik..kuikui!!

Jom Study Temuduga HLP

Esok hari penentuan sama ada aku lepas ke tak sambung belajar lagi..

Aku takut. seriously.

Penat la aku pujuk hati aku ni supaya jangan gelabah tak tentu hala.. sebabnya, aku memang ada masalah besar bila kena interview ke, kena bagi public speaking ke.. sure tangan aku sejuk tak pasal2.. huhu~

Puas aku belek proposal yang aku hantar masa nak mohon HLP ni.. Isk.. Tak tau la pe aku nak study ni..

Pe aku buat..? Err..

1) Search kat Google : Apa soalan temuduga HLP?
2) Search lagi : Cara jawab soalan temuduga.

Banyak lagi sebenarnya yang aku search.. Tapi last2 aku stuck kat blog Cikgu Dahlia. Best giler blog cikgu ni.. Silap haribulan cikgu ni yang jadik lecturer aku.. hehe~ Cikgu Dahlia siap letak nota lagi kat blog dia.. suka~! suka~! suka~!

Warghhh!! Tak nak stuck kat blog ni lama2.. Banyak lagi nak kena study ni.. Chaiyuk cikgu! Chaiyuk!!

Neway, ni website Cikgu Dahlia : http://www.cikgudahlia.com

Tuesday, 11 October 2011

Pendrive..!!

Hari sedih aku dah sampai.. satu hari mencari pendrive, tak tau la mana hilangnya..
Tak kisah sangat pun pendrive tu hilang.. yang penting data dalam pendrive tu..

Ada data claim aku utk 3 tahun...
Ada gambar anak aku sblm 6 bulan..
Adeh.. sedihnye..

Entah mana la perginya pendrive aku tu..

Yang bingainya, aku tak backup lak data dalam pendrive tu.. Isk.. PANDAINYE LA KAN~!!

Arghh.. stress! stress!

Thursday, 6 October 2011

Busy.. Busy.. Busy.. Bzzzz.. Bzzzz...

Haish.. busy betul aku hari ni. Stok Angry Birds baru masuk. Mula la sesi meng'upload' gambo barang2 Angry Birds.. huhuhu~... Tetiba cam aku rajin lak buat kerja amal :P :P

Neway, aku nak perkenalkan page Angry Birds Merchandise yang murah2..(tapi kalau masuk postage..err.. berbaloi lagi kot rasanya.. hehe)

Ni dia...

Three NS Store

Dalam tu de banyak barang2 Angry Birds.. Boleh pilih mana suka.. untuk anak2 murid cikgu, better order dulu siap2.. senang cikgu bawak gi sekolah esok..

Happy Shopping~!

Wednesday, 5 October 2011

SMKDD1 yang Kosong

Untuk budak2 Tingkatan 3,  PMR dah masuk hari ke-2..

Ntah sal pe, aku rasa kosong je sekolah ni..

Nape kosong?

Sebab kelas cuti..
Sebab kelas yang tak cuti pun budak2 cuti...
Sebab hari hujan..
... Sebab budak2 ni tak jumpa aku..?

Selalunya bila time rehat camni, sure ada budak2 yang 'kacau' aku buat kerja kat bilik guru..

Jap2 nak tanya cikgu dah makan ke belum,
Jap2 lak tanya cikgu banyak kerja ke tak,
Jap2 tanya homework soalan matematik yang tak reti nak solve,
Jap2 tanya lagi boleh tak hantar homework minggu depan.. minggu ni saya tak sempat nak buat sebab saya kena jadik rapunzel masa kelas English..
(hoho.. boleh sayang, asalkan jangan tak hantar langsung ye sayang!)


Ada gak soalan dia camni...

Cikgu boleh tak pinjam laptop, nak tengok facebook..
(Of course la tak boleh darling!)
Cikgu... cikgu duduk lama depan laptop ni tak sakit kepala ke?
(Tak sakit kepala la laling.. sakit mata je ;) )

Cikgu... saya tengok cikgu ni hari2 banyak kerja, jom kita gi makan kat kantin?
(Nak cikgu belanja cakap je la laling..)



Haish.. Comel la korang... Rindu pulak kat budak2 ni..

Saturday, 1 October 2011

Meatball @ IKEA

Lunch kat IKEA.. my favourite MEATBALL!!

Gambar b/ground dari FB Ikea Meatballs

Ramai giler orang beratur nak makan kat IKEA. Mentang2 la baru dapat gaji.. Memula aku dah beratur cam biasa. Tengok2 troli yang nak boh tray tu pun takde. Dah la susah cari port nak makan. Pikir punya pikir, maka aku dapat solution untuk membeli satu bekas ala tupperware dalam IKEA. Mengenangkan aku bawak budak kecik tu jalan tengahari time dia tidur, maka terpaksalah aku standby takut2 dia terlelap time aku beratur.

Lepas beli bekas (oh yea, lupa lak bagitau, if beli barang kat IKEA leh dapat rebet parking.. jimat singgit korang) aku gi kat sink basuh bekas tu dulu (haisshh..ni pun nak kena bagitau ke??) ... Pastu mula la menyiksa diri demi meatball.. huhu..

Sambil beratur, usha harga meatball..

5 meatball RM 5
10 meatball RM 10
15 meatball RM 14

20 meatball RM16


Sure la aku nak amek yang 20 kan.. alang2 tapau..

Beratur punya la lama.. dengan dukung budak 9.5 kilo tu time dia tidur nyenyak.. mau rasa cam nak cramp bahu.. Tapi terasa sangat berbaloi bila lepas tapau meatball dalam bekas IKEA yang baru itu, tengok memang takde langsung meja yang kosong.. Ramai yang tengah menunggu tepi meja org sambil usha depa makan pe.. isk.. takde privasi langsung..

Bayar.. RM16.95 (Apsal kena 6% eh? musykil...)

Balik rumah.. budak kecik dah bangun... sama2 melantak meatball satu hari... mm.. yummy yum yum!!

Mmm.. 'Dap Nye~!!

p/s Aku dah kebulur sampai lupa nak amek gambo meatball.. hehe!