Blogger Backgrounds

Monday, 26 December 2011

Temuduga HLP

Baru je lepas temuduga HLP..

Cam tipis je.. huhu...

Mostly soalan yang ditanya tentang proposal yang kita buat... and you should explain everything in ENGLISH eventho your proposal is completely written in BM.. dan itulah yang menyebabkan aku rasa sungguh kantoi sekali.. huhu..

Soalan :
1) Perkenalkan diri anda.
2) Terangkan tentang proposal yang anda buat.
3) Bagaimana kajian anda dapat membantu KPM?.
4) Apakah metodologi kajian anda?
5) Jika menggunakan soal selidik, berapakah target responden anda?
6) Bagaimanakah anda mendapat hasil dapatan daripada responden?
7) Adakah anda yakin anda mendapat hasil daripada responden dengan baik?
8) Apakah sumbangan anda terhadap KPM/JPN/PPD.
5) Apakah jurnal/buku/modul/terbitan yang telah anda buat setakat ini.
6) Adakah anda telah memohon untuk menyambung pengajian dalam mana2 IPTA?

..dan saya ulang lagi sekali, soalan dia semua dalam english..

..dan apa yang menyebabkan aku rasa sungguh kantoi?

..Sebab aku jawab cam budak poyo gi konsert Avril Lavigne pastu kena interbiu dengan TV1 pastu kantoi cakap campur2 cam rojak bercampur2 dengan sawan gagap.. haish..

Adeh.. seriously, aku rasa sungguh2 negatif hari ni.. sorry la yer.. esok aku positif balik..kuikui!!

Jom Study Temuduga HLP

Esok hari penentuan sama ada aku lepas ke tak sambung belajar lagi..

Aku takut. seriously.

Penat la aku pujuk hati aku ni supaya jangan gelabah tak tentu hala.. sebabnya, aku memang ada masalah besar bila kena interview ke, kena bagi public speaking ke.. sure tangan aku sejuk tak pasal2.. huhu~

Puas aku belek proposal yang aku hantar masa nak mohon HLP ni.. Isk.. Tak tau la pe aku nak study ni..

Pe aku buat..? Err..

1) Search kat Google : Apa soalan temuduga HLP?
2) Search lagi : Cara jawab soalan temuduga.

Banyak lagi sebenarnya yang aku search.. Tapi last2 aku stuck kat blog Cikgu Dahlia. Best giler blog cikgu ni.. Silap haribulan cikgu ni yang jadik lecturer aku.. hehe~ Cikgu Dahlia siap letak nota lagi kat blog dia.. suka~! suka~! suka~!

Warghhh!! Tak nak stuck kat blog ni lama2.. Banyak lagi nak kena study ni.. Chaiyuk cikgu! Chaiyuk!!

Neway, ni website Cikgu Dahlia : http://www.cikgudahlia.com

Tuesday, 11 October 2011

Pendrive..!!

Hari sedih aku dah sampai.. satu hari mencari pendrive, tak tau la mana hilangnya..
Tak kisah sangat pun pendrive tu hilang.. yang penting data dalam pendrive tu..

Ada data claim aku utk 3 tahun...
Ada gambar anak aku sblm 6 bulan..
Adeh.. sedihnye..

Entah mana la perginya pendrive aku tu..

Yang bingainya, aku tak backup lak data dalam pendrive tu.. Isk.. PANDAINYE LA KAN~!!

Arghh.. stress! stress!

Thursday, 6 October 2011

Busy.. Busy.. Busy.. Bzzzz.. Bzzzz...

Haish.. busy betul aku hari ni. Stok Angry Birds baru masuk. Mula la sesi meng'upload' gambo barang2 Angry Birds.. huhuhu~... Tetiba cam aku rajin lak buat kerja amal :P :P

Neway, aku nak perkenalkan page Angry Birds Merchandise yang murah2..(tapi kalau masuk postage..err.. berbaloi lagi kot rasanya.. hehe)

Ni dia...

Three NS Store

Dalam tu de banyak barang2 Angry Birds.. Boleh pilih mana suka.. untuk anak2 murid cikgu, better order dulu siap2.. senang cikgu bawak gi sekolah esok..

Happy Shopping~!

Wednesday, 5 October 2011

SMKDD1 yang Kosong

Untuk budak2 Tingkatan 3,  PMR dah masuk hari ke-2..

Ntah sal pe, aku rasa kosong je sekolah ni..

Nape kosong?

Sebab kelas cuti..
Sebab kelas yang tak cuti pun budak2 cuti...
Sebab hari hujan..
... Sebab budak2 ni tak jumpa aku..?

Selalunya bila time rehat camni, sure ada budak2 yang 'kacau' aku buat kerja kat bilik guru..

Jap2 nak tanya cikgu dah makan ke belum,
Jap2 lak tanya cikgu banyak kerja ke tak,
Jap2 tanya homework soalan matematik yang tak reti nak solve,
Jap2 tanya lagi boleh tak hantar homework minggu depan.. minggu ni saya tak sempat nak buat sebab saya kena jadik rapunzel masa kelas English..
(hoho.. boleh sayang, asalkan jangan tak hantar langsung ye sayang!)


Ada gak soalan dia camni...

Cikgu boleh tak pinjam laptop, nak tengok facebook..
(Of course la tak boleh darling!)
Cikgu... cikgu duduk lama depan laptop ni tak sakit kepala ke?
(Tak sakit kepala la laling.. sakit mata je ;) )

Cikgu... saya tengok cikgu ni hari2 banyak kerja, jom kita gi makan kat kantin?
(Nak cikgu belanja cakap je la laling..)



Haish.. Comel la korang... Rindu pulak kat budak2 ni..

Saturday, 1 October 2011

Meatball @ IKEA

Lunch kat IKEA.. my favourite MEATBALL!!

Gambar b/ground dari FB Ikea Meatballs

Ramai giler orang beratur nak makan kat IKEA. Mentang2 la baru dapat gaji.. Memula aku dah beratur cam biasa. Tengok2 troli yang nak boh tray tu pun takde. Dah la susah cari port nak makan. Pikir punya pikir, maka aku dapat solution untuk membeli satu bekas ala tupperware dalam IKEA. Mengenangkan aku bawak budak kecik tu jalan tengahari time dia tidur, maka terpaksalah aku standby takut2 dia terlelap time aku beratur.

Lepas beli bekas (oh yea, lupa lak bagitau, if beli barang kat IKEA leh dapat rebet parking.. jimat singgit korang) aku gi kat sink basuh bekas tu dulu (haisshh..ni pun nak kena bagitau ke??) ... Pastu mula la menyiksa diri demi meatball.. huhu..

Sambil beratur, usha harga meatball..

5 meatball RM 5
10 meatball RM 10
15 meatball RM 14

20 meatball RM16


Sure la aku nak amek yang 20 kan.. alang2 tapau..

Beratur punya la lama.. dengan dukung budak 9.5 kilo tu time dia tidur nyenyak.. mau rasa cam nak cramp bahu.. Tapi terasa sangat berbaloi bila lepas tapau meatball dalam bekas IKEA yang baru itu, tengok memang takde langsung meja yang kosong.. Ramai yang tengah menunggu tepi meja org sambil usha depa makan pe.. isk.. takde privasi langsung..

Bayar.. RM16.95 (Apsal kena 6% eh? musykil...)

Balik rumah.. budak kecik dah bangun... sama2 melantak meatball satu hari... mm.. yummy yum yum!!

Mmm.. 'Dap Nye~!!

p/s Aku dah kebulur sampai lupa nak amek gambo meatball.. hehe!

Thursday, 29 September 2011

Hamster Akma

Akma sayang betul kat hamster baru dia. Siap letak dalam bekas kuih.. (sayang tapi letak dalam bekas kuih je..??)

Ni rupa hamster baru Akma..


Khas untuk Akma.. ni video hamster ko ye.. HAMSTER TU TIKOS!

Wednesday, 28 September 2011

Tips Untuk Online Shopping

Rasanya ramai yang pernah shopping secara online, kan? Daripada tudung ke kasut, daripada sekecik2 benda cam cincin, sampai la ke sebesar2 benda cam kereta, de je jual secara online..



Perlu kalau:
  1. barang yang nak dibeli susah nak jumpa kat kedai biasa.
  2. barang kat kedai lebih mahal.
  3. takde masa nak gi beli.
  4. leceh nak gi beli sebab kena bawak satu keluarga 18 orang.. (err.. tu contoh je)
  5. susah nak cari barang sbb kena kejar anak satu shopping mall.. (aku la tu..)
Tak perlu kalau:
  1. barang yang nak dibeli satu je dan kecik serta agak tak brape penting cam cotton buds.
  2. barang fragile yang bila dihantar dengan pos boleh menyebabkan hancur berderai.
  3. barang dah ada banyak tapi saje gatal nak beli sebab tension kena marah dengan hubby.
  4. barang tak tentu muat contohnya kasut especially utk buyer yang kakinya tak sama panjang..(contoh lagi..)
  5. anda nak warnanya exactly sama seperti yang dilihat di screen PC/laptop. Ketahuilah bahawa warna tu confirm takkan sama 100%.
  6. saje nak habiskan duit dlm bank sbb nampak cam banyak sgt...




Kalau guna fb, yang paling senang nak tau, baca komen kat dalam fb page tu. Ada tak admin page listkan track ID untuk postage. Lepas tu tengok sekali komen dari customer, ada tak customer bagitau barang/parcel dah dapat, ada tak komen dari customer yang berpuashati dengan barang yang diterima.

Untuk fb page yang baru/personal fb, adalah sangat perlu untuk anda pastikan ada bukti barang yang dipesan pernah sampai ke tangan customer. Tengok senarai customer, ada tak customer yang kenal seller tu. Maksud 'kenal' tu bukan setakat dalam fb, tapi kenal secara rapat sebagai kawan. Boleh tau dari cara bersembang di wall seller. Ni penting sebab selalunya kalau fb menipu ni jual bagai2 benda menarik mesti secara pre-order. Pre-order bermaksud order & bayar deposit atau bayar penuh dulu, tunggu tarikh tamat pre-order baru seller nak order dari retailer. Sangat lambat kadang2 kena tunggu sampai dua bulan. Bukan pe, takut pre-order tu tinggal order je, barang tak dapat2 sampai sudah..

Kalau nak beli dari website/business blog, pastikan online store tu wujud. Baca komen atau shoutmix/chatbox. Tengok ada tak komen yang mencurigakan. Kalau ada di antara komen (walaupun satu) yang agak suspicious, baik cari website lain yang offer barang yang sama.

Kalau nak beli dari ebay, pastikan seller ada banyak positive feedback dari buyer.



    1. Hubungi seller & dapatkan no hp.
    2. Pastikan akaun yang digunakan untuk transaksi adalah akaun pemilik online store.
    3. Simpan semua bukti transaksi & email.
    4. Dapatkan track ID dari seller.
    5. Hubungi seller kalau barang tak sampai dalam masa sepatutnya.


    Setakat ni agak banyak kali juga la saya dah shopping secara online.. antaranya:
    1. Kasihku Sayangku
    2. FB Reen NoReen
    3. FB JF Fashion
    4. FB Winsome Fashion
    5. FB Blogshop CheChe Lynn
    6. FB x10der MUSLIMAH FASHION
    7. Mum7Kids
    8. FB Ros Putih
    9. Mama Patch
    10. Nurjannah Collection (NJC)
    11. FB Beauty is CanTik
     SELAMAT BERSHOPPING~!!

    Tuesday, 27 September 2011

    Blog Theme : October 2011

    Tema blog utk sepanjang bulan Oktober.. jeng jeng jeng...


    Terima kasih la kat Nurul Liyana Nadhirah @ sweetfourteen diaries sbb luangkan masa bagi tuition kat cikgu camne nak mekap blog + tambah widget bagai..

    ANGRY BIRDS
    Credit to: 
    1) Cursor : Nurin Asyada Cottage 
    2) Background Theme : Jelly Pages
    3) Background Music : Angry Birds via Music Dumper
    4) Logo : Popten.net & Photoshop CS3 & Photoscape


    Hajat di hati nak guna theme ni sebulan je.. tapi.. tengok la keadaan.. kalau malas, pakai setahun teros.. hoho!


    Update : 2/10/11 Page

    Kesian anjing ni..

    Wah.. pet aku dah tunggu depan umah ar.. ciiiannn dia kan.. jap jadik pet aku, lagi 10 minit dia bangun, jadi pet rumah lain lak, mlm ni bermalam kat rumah TNB yang semak samun depan apartmen, kalau tak bleh nak tido, salak & laung panjang2 cam nampak hantu.. pastu aku lak yang tak bleh tido memikirkan pe benda yang dia nampak.. hampeh tol :P :P


    John

    Aku tak tau la sapenye hanjing la ni, tapi tiap2 kali aku balik kerja, John (sedap tak nama dia?) sure melepak depan umah aku. Sampai sekarang jugak la aku serba salah nak keluar kereta dengan beraninya lalu tepi dia atau aku tunggu dia bangun dari tidur blah gi tempat lain baru aku keluar kereta buat2 muka berani.. *hehe*

    Monday, 26 September 2011

    Wajah Baru SMKDD1 2011

    Pembaharuan yang dilakukan di bawah pentadbiran baru SMKDD1 sejak 16 Ogos 2011.
    * Koleksi gambar belum lengkap. Akan dikemaskini A.S.A.P.

    Balai Gemilang

    Dahulu
    Sekarang

    Padang
    Dahulu

    Sekarang


    Dahulu
    Sekarang

    Kantin

    Dahulu


    Sekarang
     Pejabat

    Dahulu
    Sekarang
     
    Selepas 'tinted'

     Kelas

    Dahulu
    Sekarang

    Lagi gambar...

    Pelan Laluan Kecemasan

    Apa lagi yang akan berubah? Tungguuu....



    Friday, 23 September 2011

    Funny animal nursery song



    "The Elephant Song" Artist: Eric Herman

    Elephants. I like elephants. Elephants. I like elephants.

    I like how they swing through trees, elephants. Kid : No! Eric : What? Kid : Elephants don't swing through trees. Eric : They don't? Well what am I thinking of? Kid : Monkeys. Eric : Oh, well in that case. Monkeys. I like monkeys. I like how they swim in the ocean… Kid : No! that's Fish. Eric : Oh, I see. Fish. I like fish. I like how they scratch at fleas (no) and sniff at trees and bark at the mailman… Kid : No, no, no, no. Eric : No? Kid : No, those are dogs. Gotta like dogs. Eric : Right? Kid : Yeah. Curled up on the windowsill purring, and chasing mice… Kid : No! Eric : Well what then? Kid : Cats! Eric : Cats, of course. Cats. I like cats. I like how they say, “****-a-doodle-doo!” Kid : No, no, no, no. They go meow! You're thinking of roosters. Roosters. I like roosters. I like how they reach into beehives for the honey… Kid : No, bears do that. Eric : Bears, yes yes yes. Bears. I like bears. I like how they jump up high to catch a fly and sit on a lilypad… Kid : No, no, no, no, no! Frogs! Gotta like frogs. Kid : Yeah! Eric : Yeah. Running through a maze for some cheese… Kid : Noooooooooo that's mice. Eric : Oh, mice. Mice. I like mice. I like how they say, “Hee, haw, hee haw" Kid : No. They go squeak, squeak. That's a donkey! Donkeys, I like donkeys. I like how they stomp through the jungle with their big gray trunks… Kid : No, that's an elephant! Eric : Right, that's like I said. Elephants. I like elephants. Kid : You don't know anything about animals.

    Thursday, 22 September 2011

    SMKDD1 2004 - 2010

    Sedang menyusun2 folder gambar dalam hard disk,  tetiba tertengok lak gambar2 arkib. Banyak beza sangat sekolah ni dulu & sekarang.. Makin maju dah.. Tahniah SMKDD1 !!

    Gambar ni ditujukan khas pada ex-student & ex-teacher SMKDD1.. Mana la tau kot2 rindu.. Bak kata orang, tak dapat tengok ex-gepren, tengok bumbung sekolah pun jadila.. hehehe!!! (suka suki je buat pepatah baru- jangan marah ye cikgu BM :P)

    Tahun 2004

    Balai Gemilang



     *abaikan tarikh tu.. terlupa nak set off date kat kamera.. huhu


    Tahun 2005

    Kelas Tingkatan 3
    * Credit to Mr. Rico Ridzhuan Rozaidy


    Tahun 2006


    Balai Gemilang


    Kelas


    Tahun 2007

    Balai Gemilang
    Makmal Komputer

    Tahun 2008

    Foyer Balai Gemilang

    Kantin Sekolah

    Tahun 2009

    Hadapan Balai Gemilang
    Foyer Balai Gemilang

    Tahun 2010

    Balai Gemilang







    Pejabat
    Sori la yer.. tak banyak gambar nak tayang kat sini.. Nak tengok gambar banyak2 leh refer kat FB sekolah kat sini.. Tak pun, leh tengok kat website sekolah.

    Wednesday, 21 September 2011

    Hari Bebas Kereta Sedunia 2011

    Dengan penuh semangat serta menyokong penuh usaha untuk kurangkan karbon monoksida esok, maka aku terpikir la untuk berjalan kaki ke sekolah.. (haha.. ayat takleh blah..!)

    ARTIKEL DARI BERITA HARIAN ONLINE :
    KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Bebas Kereta Sedunia Khamis ini, Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) mengedarkan 150,000 kupon percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun.

    Melalui kempen ‘Kurang Kenderaan, Kurang Pencemaran’ itu, semua kupon itu diedarkan secara berperingkat mulai semalam dan berakhir 22 September tahun depan.

    Pengerusi PRASARANA, Tan Sri Ismail Adam, berkata pelbagai program diatur sepanjang kempen setahun itu, berteraskan kepada menanam kesedaran untuk tidak menggunakan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran.

    “Saya berharap sokongan kepada kempen bebas kereta ini tidak hanya berjalan satu hari saja malah diterapkan sepanjang masa oleh semua masyarakat.
    “Selain itu, orang ramai juga digalakkan untuk menunggang basikal dan menggunakan sepenuhnya kemudahan meletak basikal yang disediakan di 17 stesen LRT antaranya Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Abdullah Hukum, Kampung Baru, Damai, Dato’ Keramat dan Jelatek, ” katanya dalam satu kenyataan semalam.
    Sehubungan itu, katanya, kupon yang diedarkan sah untuk digunakan bagi kedua-dua laluan LRT Ampang dan LRT Kelana Jaya serta Monorel untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti am malah potongan harga tambang bagi Januari hingga September 2012 akan turut diperkenalkan bersempena kempen terbabit.
    “Kami juga akan mengedarkan pelekat kereta khas yang melayakkan pemilik kenderaan bertuah menerima hadiah Rapidpass bernilai RM100 dalam peraduan ‘Spot The Sticker Contest’ yang turut berlangsung selama satu tahun.
    “Pihak kami akan berganding bahu dengan pelbagai kementerian, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan, universiti awam serta swasta dalam mengatur beberapa program berterusan di stesen LRT, Monorel dan Hab bas, ” katanya.
    Selain itu, Pasar Kreatif di stesen LRT dan KL Monorel terpilih akan menjual barangan cenderahati kitar semula yang dihasilkan oleh persatuan kebajikan, ibu tunggal dan badan bukan kerajaan.

    Sape2 yang rajin naik LRT & monorel leh dapat tiket free tau..tapi untuk perjalanan sehala je la.. if nak banyak2 hala, banyak2 hari kena amek la banyak2 kupon.. huhu.. leh gtu?

    Nak naik kereta ke tak eh hari ni..? huhu.. lom submit post ni pun semangat dah pudar.. adeh!!

    Tuesday, 20 September 2011

    Sabo! Sabo!

    Dah nak masuk bulan 10 baru aku terasa nak mula blogging balik.. uii.. dah bertahun aku tinggalkan profesion ni.. de skill lagi ke aku ni eh?

    --------------------------------------------------------
    (2 jam kemudian..)

    Ceh.. merangkak kot aku nak ngubah setting blog ni.. mau makan minggu camni.. adehaii..
    Betul la kata cikgu aku dulu.. kalau ada ilmu tapi tak amal, tak berguna.. last2 tinggal serpihan je dlm otak.. cam aku sekarang ni la.. jenuh terkial2 berjam2 depan lappy nak ubah setting je..haish! <-- ni perkataan kegemaran aku sekarang... esok lusa aku tuka lain :P

    Ada sesapa ke nak tolong aku ubah laman rumah aku ni jadik comel sket? Nanti aku belanja milo ais kantin sekolah.. ngehehe~