
Perlu kalau:
- barang yang nak dibeli susah nak jumpa kat kedai biasa.
- barang kat kedai lebih mahal.
- takde masa nak gi beli.
- leceh nak gi beli sebab kena bawak satu keluarga 18 orang.. (err.. tu contoh je)
- susah nak cari barang sbb kena kejar anak satu shopping mall..
(aku la tu..)
- barang yang nak dibeli satu je dan kecik serta agak tak brape penting cam cotton buds.
- barang fragile yang bila dihantar dengan pos boleh menyebabkan hancur berderai.
- barang dah ada banyak tapi saje gatal nak beli sebab tension kena marah dengan hubby.
- barang tak tentu muat contohnya kasut especially utk buyer yang kakinya tak sama panjang..(contoh lagi..)
- anda nak warnanya exactly sama seperti yang dilihat di screen PC/laptop. Ketahuilah bahawa warna tu confirm takkan sama 100%.
- saje nak habiskan duit dlm bank sbb nampak cam banyak sgt...

Kalau guna fb, yang paling senang nak tau, baca komen kat dalam fb page tu. Ada tak admin page listkan track ID untuk postage. Lepas tu tengok sekali komen dari customer, ada tak customer bagitau barang/parcel dah dapat, ada tak komen dari customer yang berpuashati dengan barang yang diterima.
Untuk fb page yang baru/personal fb, adalah sangat perlu untuk anda pastikan ada bukti barang yang dipesan pernah sampai ke tangan customer. Tengok senarai customer, ada tak customer yang kenal seller tu. Maksud 'kenal' tu bukan setakat dalam fb, tapi kenal secara rapat sebagai kawan. Boleh tau dari cara bersembang di wall seller. Ni penting sebab selalunya kalau fb menipu ni jual bagai2 benda menarik mesti secara pre-order. Pre-order bermaksud order & bayar deposit atau bayar penuh dulu, tunggu tarikh tamat pre-order baru seller nak order dari retailer. Sangat lambat kadang2 kena tunggu sampai dua bulan. Bukan pe, takut pre-order tu tinggal order je, barang tak dapat2 sampai sudah..
Kalau nak beli dari website/business blog, pastikan online store tu wujud. Baca komen atau shoutmix/chatbox. Tengok ada tak komen yang mencurigakan. Kalau ada di antara komen (walaupun satu) yang agak suspicious, baik cari website lain yang offer barang yang sama.
Kalau nak beli dari ebay, pastikan seller ada banyak positive feedback dari buyer.

- Hubungi seller & dapatkan no hp.
- Pastikan akaun yang digunakan untuk transaksi adalah akaun pemilik online store.
- Simpan semua bukti transaksi & email.
- Dapatkan track ID dari seller.
- Hubungi seller kalau barang tak sampai dalam masa sepatutnya.
Setakat ni agak banyak kali juga la saya dah shopping secara online.. antaranya:
SELAMAT BERSHOPPING~!!
No comments:
Post a Comment